Showing posts with label Muslim Aid Asia. Show all posts
Showing posts with label Muslim Aid Asia. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2014

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed 2014 ! 


Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam ?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud :

 "Sedekah yang paling afdhal ( baik ) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan." ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". ( HR al-Tirmizi )

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, " Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." ( HR Bukhari ) 

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1435/2014 !

Pakej Fast 2 Feed

Pakej A Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin ( makan dan moreh 1 org + duit raya )

Pakej B Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin ( makan dan moreh 2 org + duit raya )

Pakej C Menaja satu set baju raya untuk anak yatim/miskin! RM120 untuk seorang anak yatim/miskin

Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif

6.30pm - ketibaan penaja-penaja 
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib 
7.30pm - menikmati juadah berbuka 
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih 
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya 
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 8600110850 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
( sila pos atau faks , slip pembayaran ke 03-2288 1966 )

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996
( Ruzida / Zarith )

Thursday, June 7, 2012

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2012


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed
2012!

Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1433/2012!


Pakej Fast 2 Feed

Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)


Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya)

anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif
6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996 (Ruzida / Fairus / Amir / Muhammad)

Monday, September 22, 2008

Fast 2 Feed Episod 2


Alhamdulillah, Fast 2 Feed episod 2 selamat dijalankan pada 21hb September 2008, dan kali ini lebih ramai penaja hadir untuk berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Asrama Darul Falah (ASDAF). Hampir 60 orang anak-anak yatim dan staff Muslim Aid Asia turut serta untuk program ini. Konsep berbuka sambil menaja anak yatim ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, dimana setiap golongan lapisan masyarakat berpeluang untuk menjadi penaja kepada anak-anak yatim ini. InsyaAllah program Fast 2 Feed ini bakal menjadi aktiviti tahunan setiap bulan Ramadhan.

berbuka secara buffet

penaja-penaja anak yatim yang turut serta

pemberian duit raya oleh pengarah Muslim Aid Asia, En Wan Rusli

anak-anak ASDAF

penaja makan bersama anak-anak ASDAF

anak-anak yang gembira



Shima (kiri) dari Sinar Harian turut hadir



Lebih banyak gambar di sini

-Muhammad bin Kamarulazizi-

Pengurus Dana dan Pemasaran
Muslim Aid Asia

Friday, September 19, 2008

Fast 2 Feed 18 September 2008!


Alhamdulillah, program Fast 2 Feed berjalan dengan lancar. Kesemua anak-anak ASDAF ditaja berbuka puasa. Program selesai selepas solat sunat tarawih dan moreh. InsyaAllah Fast 2 Feed seterusnya hari ahad ini 21 Ramadhan 1429. Pihak Muslim Aid Asia dan ASDAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penaja yang telah menaja anak-anak ASDAF ini berbuka puasa. Moga Allah melipat gandakan pahala anda semua, insyaAllah.


Amir bersama anak-anak ASDAF

Ju dan Am bersama anak-anak ASDAF

Katerina, Amirul dan Samsa

jom buka puasa...

sukarelawan dan penyumbang

jennora bersama anak-anak ASDAF kali terakhir sebelum ke oversea

arin dan apad, selesai solat witir


Tuesday, July 29, 2008

Bantu Promote di Blog Anda!



 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger