Thursday, June 7, 2012

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2012


Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed
2012!

Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sedekah yang paling afdhal (baik) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1433/2012!


Pakej Fast 2 Feed

Pakej A
Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin (makan dan moreh 1 org + duit raya)


Pakej B
Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin (makan dan moreh 2 org + duit raya)

anda juga boleh datang membawa sumbangan barang2 keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif
6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 1422-0000070-10-8 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
(sila pos atau faks, slip pembayaran ke 03-2288 1966)

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996 (Ruzida / Fairus / Amir / Muhammad)

Sunday, August 28, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Kuala Nerang, Kedah

Lokasi: Pusat Jagaan Batitul Mahabbah al-Hashimi, Kuala Nerang, Kedah
Tarikh: 27 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 50 anak-anak yatim dan miskin

Alhamdulillah, berakhirnya program Fast 2 Feed (F2F) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid) bagi Ramadhan tahun ini, 1432H bersamaan tahun 2011 di Kuala Nerang, Kedah. Program F2F di Kuala Nerang telah meraikan 50 anak-anak yatim dan miskin dengan juadah berbuka puasa, duit raya dan sumbangan makanan kering.

sementara menunggu berbuka puasa

anak-anak Mahabbah menikmati juadah berbuka

sumbangan duit raya dan bantuan makanan

sukarelawan bersama penghuni perempuan


sukarelawan bersama penghuni lelaki

barisan sukarelawan Muslim Aid

meninjau lokasi yang akan dijadikan kolam ikan bersebelahan dengan asrama lelaki


keadaan asrama lelaki

asrama lelaki

Kami tiba di sana jam 5.30 petang dan telah dibawa ke asrama lelaki yang terletak di Jalan Kebun. Asrama lelaki ini menempatkan anak-anak yatim serta merupakan lokasi bagi remaja insaf, atau pemulihan akhlak. Mereka diajar dengan skil kemahiran menukang dan sebagainya. Tempat tinggal mereka dibina oleh mereka sendiri yang telah dibimbing oleh kontraktor yang berpengalaman.

Pengisian dalam bentuk kerohanian juga disediakan oleh penjaga bagi mendidik jiwa mereka agar dapat melahirkan akhlak yang baik. Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim dan miskin berbuka puasa beserta sumbangan duit raya di Kuala Nerang. Semoga kalian mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

InsyaAllah Muslim Aid akan merancang program seterusnya untuk membantu anak-anak Baitul Mahabbah di masa akan datang insyaAllah. Pada yang berminat untuk menyumbang, boleh salurkan ke tabung orphan aid Muslim Aid bagi menjayakan program anak-anak yatim dan miskin ini.

Muhammad bin Kamarulazizi


Saturday, August 27, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Gunung Semanggol, Perak


Lokasi: Surau Aziziah, Tebuk Matau, Gunung Semanggol, Perak
Tarikh: 26 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: 50 Keluarga fakir miskin

Program Fast 2 Feed berjalan dengan jayanya di Tebuk Matau Gunung Semanggol dengan meraikan 50 orang keluarga fakir miskin. Program bermula jam 3 petang dengan gotong-royong memasak yang dijalan oleh orang-orang kampung. Penyerahan bantuan makanan dan duit raya diselesaikan sebelum berbuka puasa.

menunggu berbuka puasa

pemberian sumbangan dan duit raya

gotong-royong memasak

anak-anak Tebuk Matau menunggu berbuka puasa

gembira menerima sumbangan pek makanan

sukarelawan Muslim Aid bersama anak-anak Tebuk Matau

Tok Imam di Surau Aziziah telah menyatakan hasratnya untuk bekerjasama bersama Muslim Aid dimasa hadapan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan yang telah menaja keluarga fakir miskin di Gunung Semanggol, Perak. Moga kalian mendapat keberkatan dariNya.


Friday, August 26, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Tasek Gelugor Pulau Pinang


Lokasi: Masjid Jamek Pokok Machang, Tasek Gelugor, Pulau Pinang
Tarikh: 25 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 50 Keluarga fakir miskin

Alhamdulillah, sebuah lagi program Fast 2 Feed selesai dianjurkan di Tasek Gelugor dengan meraikan 50 keluarga fakir dan miskin. Biarpun hujan lebat sepanjang hari di Pulau Pinang, para sukarelawan dan dermawan serta keluarga fakir miskin tetap datang bagi menjayakan program F2F ini. Program F2F kali ini telah mendapat tajaan daripada dermawan Muslim Aid, Ekuiti Nasional, Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Coca Cola dan juga Bom Kitchen.

warga diraikan bersama sumbangan yang telah diberikan

sementara menunggu waktu berbuka

wakil dari karyah dan Bom Kitchen bersama asnaf

wajah gembira mereka

sukarelawan Muslim Aid membantu mereka untuk membawa pek makanan

juadah berbuka, nasi daging

Program telah bermula pada jam 5.30 petang dengan pemberian pek makanan kering dan duit raya. Kemudian disusuli dengan majlis tahlil dan berbuka puasa. Kami di Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua dermawan baik individu dan syarikat korporat yang telah menaja program Fast 2 Feed ini. Semoga dengan usaha ini mendapat limpah rahmat dariNya.

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger