Wednesday, July 2, 2014

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2014

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed 2014 ! 


Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam ?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud :

 "Sedekah yang paling afdhal ( baik ) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan." ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim )

"Sesiapa yang menjamu makanan untuk berbuka bagi orang yang berpuasa, pahalanya sama seperti pahala orang berpuasa, iaitu pahala orang berpuasa yang tidak dikurangkan walau sedikit". ( HR al-Tirmizi )

Diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma, " Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam adalah manusia yang paling dermawan dan kemuncak sifat dermawan baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadan." ( HR Bukhari ) 

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1435/2014 !

Pakej Fast 2 Feed

Pakej A Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin ( makan dan moreh 1 org + duit raya )

Pakej B Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin ( makan dan moreh 2 org + duit raya )

Pakej C Menaja satu set baju raya untuk anak yatim/miskin! RM120 untuk seorang anak yatim/miskin

Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif

6.30pm - ketibaan penaja-penaja 
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib 
7.30pm - menikmati juadah berbuka 
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih 
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya 
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 8600110850 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
( sila pos atau faks , slip pembayaran ke 03-2288 1966 )

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996
( Ruzida / Zarith )

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger