Showing posts with label Fast 2 Feed 2013. Show all posts
Showing posts with label Fast 2 Feed 2013. Show all posts

Wednesday, July 2, 2014

Fast To Feed 2013 di Kelab Puncak Kg. Bujang , Merbok , Kedah


Lokasi :Kelab Puncak Kg. Bujang , Merbok , Kedah
Tarikh : 05 Ogos 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 40 orang pelajar miskin

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Kelab Puncak Kg. Bujang , Merbok , Kedah untuk meraikan 40 orang pelajar miskin dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada 40 orang pelajar miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan sumbangan duit raya.


taklimat ringkas berkaitan program


sumbangan duit raya


penyerahan plak F2F dari Muslim Aid


Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Kelab Puncak Kg. Bujang , Merbok , Kedah kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast To Feed 2013 di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur


Lokasi : Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur
Tarikh : 30 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 200 Komuniti Pelarian Somalia

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur untuk meraikan 200 komuniti pelarian Somalia dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada keluarga miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa , sumbangan duit raya dan pemberian sijil penghargaan kepada komuniti somali gombak.


sebahagian daripada komuniti somali yang mengikuti program


sumbangan diagihkan


sedang menikmati juadah berbuka puasa


penyerahan plak F2F dari Muslim Aid

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Tuesday, July 1, 2014

Fast To Feed 2013 di Kemaman , Terengganu


Lokasi : Kemaman , Terengganu
Tarikh : 28 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : Keluarga Miskin

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Kemaman , Terengganu meraikan keluarga miskin dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada keluarga miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya.



persiapan sebelum berbuka puasa


penyerahan sumbangan


penyerahan plak F2F

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Kemaman , Terengganu kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast To Feed 2013 di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu


Lokasi : Dewan Makan  Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu
Tarikh : 26 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 50 orang anak yatim / miskin

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu , meraikan 50 orang anak yatim / miskin dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada 50 anak yatim / miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya.


sebahagian daripada anak-anak yatim / miskin


sedang mendengar ucapan ringkas


makanan untuk berbuka puasa



sumbangan duit raya dan minuman

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast To Feed 2013 di Badan Kebajikan Siti Khadijah Meru , Klang , Selangor


Lokasi : Badan Kebajikan Siti Khadijah Meru , Klang , Selangor
Tarikh : 25 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 60 orang anak yatim / miskin

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Badan Kebajikan Siti Khadijah Meru , Klang , Selangor dengan meraikan 60 orang anak yatim / miskin anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada 60 anak yatim / miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya.


anak-anak berbuka puasa


sumbangan duit raya


sedang mendengar ucapan ringkas


penyerahan plak daripada muslim aid


simbolik penyerahan makanan kering dan minuman

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Badan Kebajikan Siti Khadijah Meru ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast To Feed 2013 di Madrasah Hashimiah



Lokasi : Madrasah Hashimiah
Tarikh : 23 Julai & 1 Ogos 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 100 Komuniti Pelarian Myanmar Muslim

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) diteruskan lagi di Madrasah Hashimiah dengan meraikan 100 komuniti Pelarian Myanmar Muslim anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada 100 Komuniti Pelarian Myanmar Muslim. Program juga diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya.



anak-anak komuniti pelarian myanmar muslim



sumbangan duit raya


keceriaan anak-anak komuniti pelarian myanmar muslim


menunggu sebelum berbuka puasa


penyerahan sumbangan daripada Muslim Aid

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Madrasah Hashimiah ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast To Feed 2013 di Asrama Darul Falah ( ASDAF )


Lokasi : Asrama Darul Falah ( ASDAF )
Tarikh : 22 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 70 orang anak-anak yatim dan miskin

Program F2F kali ini ke Asrama Darul Falah ( ASDAF ) anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Seramai 70 orang anak-anak yatim dan miskin ASDAF diraikan dalam majlis ini. Walaupun dalam puasa , anak-anak ASDAF kelihatan ceria dan bersemangat.


menunggu waktu berbuka puasa


ucapan ringkas dari wakil ASDAF


menerima sumbangan duit raya dan makanan kering


penyerahan plak F2F kepada wakil ASDAF

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di ASDAF ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

Fast 2 Feed 2013 di Rumah Anak Yatim & Warga Miskin Bait Al-Amin , Parit , Perak



Lokasi : Rumah Anak Yatim & Warga Miskin Bait Al-Amin , Parit , Perak
Tarikh : 15 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan: 40 orang anak-anak yatim dan miskin

Program Fast 2 Feed ( F2F ) berjalan dengan jayanya di Rumah Anak Yatim & Warga Miskin Bait Al-Amin , Parit , Perak  meraikan 40 anak-anak yatim dan miskin dengan juadah berbuka puasa, duit raya dan sumbangan makanan kering.


Majlis Tahlil sebelum Majlis Berbuka Puasa



menunggu berbuka puasa


pemberian sumbangan dan duit raya 


wakil Muslim Aid bersama-sama Anak Yatim & Warga Miskin Bait Al-Amin

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Rumah Anak Yatim & Warga Miskin Bait Al-Amin , Parit , Perak ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya.

Majlis Iftar Fast 2 Feed 2013

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed 2013! 


Bersedekah Di Bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.

Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?

Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Sedekah yang paling afdhal ( baik ) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).

Oleh yang demikian, bersama-sama kita manfaatkan bulan Ramadhan ini dengan program Fast 2 Feed 1434/2013!

Pakej Fast 2 Feed

Pakej A Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin ( makan dan moreh 1 org + duit raya )

Pakej B Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin ( makan dan moreh 2 org + duit raya )

Pakej C Menaja satu set baju raya untuk anak yatim/miskin! RM120 untuk seorang anak yatim/miskin

Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak!

Tentatif

6.30pm - ketibaan penaja-penaja 
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib 
7.30pm - menikmati juadah berbuka 
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih 
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya 
10.15pm - Pulang

Cara Menyertai

1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid

2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia

3. Deposit langsung

CIMB - 8600110850 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
( sila pos atau faks , slip pembayaran ke 03-2288 1966 )

4. GIRO Antara Bank

5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.

Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996
( Ruzida / Zarith )


 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger