Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ingin mengajak insan-insan yang bermurah hati untuk bersama-sama kami mengimarahkan Ramadhan ini melalui Program Fast 2 Feed 2013!
Bersedekah Di Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Antaranya Allah s.w.t. telah menjanjikan bahawa akan terbuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka, serta diikat segala syaitan. Pada bulan Ramadhan juga digalakkan kita bersedekah bagi mewujudkan keinsafan diri dan menyemai sikap tanggungjawab sesama manusia.
Selama sebulan kita menikmati juadah berbuka puasa dengan beraneka macam makanan lazat dan minuman segar dan seterusnya merayakan Aidilfitri pada 1 Syawal. Akan tetapi sedarkah kita, masih ada antara masyarakat kita yang masih hidup dalam kemiskinan dan juga saudara-saudara seagama kita di luar sana yang menderita akibat peperangan ataupun bencana alam?
Diriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersifat lebih pemurah dan dermawan sewaktu Ramadan. Dalam hal ini, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Sedekah yang paling afdhal ( baik ) adalah sedekah yang dikeluarkan dalam bulan Ramadan.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim ).
Pakej Fast 2 Feed
Pakej A Anda boleh taja anak yatim/miskin untuk berbuka puasa!
RM40 untuk setiap anak yatim/miskin ( makan dan moreh 1 org + duit raya )
Pakej B Berbuka puasa bersama dan taja seorang anak yatim/miskin! RM60 seorang termasuk sponsor seorang anak yatim/miskin ( makan dan moreh 2 org + duit raya )
Pakej C Menaja satu set baju raya untuk anak yatim/miskin! RM120 untuk seorang anak yatim/miskin
Anda juga boleh datang membawa sumbangan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak!
Tentatif
6.30pm - ketibaan penaja-penaja
7.15pm - buka puasa (kurma) dan solat Magrib
7.30pm - menikmati juadah berbuka
8.30pm - Solat Isyak dan Tarawih
9.45pm - Morreh dan Pemberian Duit Raya
10.15pm - Pulang
Cara Menyertai
1. Datang sendiri ke pejabat Muslim Aid
2. Melalui kiriman wang pos, money order / cek atas nama Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
3. Deposit langsung
CIMB - 8600110850 (Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia)
( sila pos atau faks , slip pembayaran ke 03-2288 1966 )
4. GIRO Antara Bank
5. Kad Kredit / Online
Visa dan Mastercard
*Untuk Setiap penyertaan emailkan slip pembayaran beserta nama penuh dan nombor telefon kepada mail@muslimaid.org.my. Sila nyatakan sekali tarikh yang Fast 2 Feed yang anda ingin sertai.
Pada yang berminat, boleh hubungi pejabat Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia di 03-22881996
( Ruzida / Zarith )
No comments:
Post a Comment