Friday, August 19, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Politeknik Tuanku Sirajuddin, Perlis


Lokasi: Pauh Inn, Politeknik Tuanku Sirajuddin, Perlis
Tarikh: 16 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: Anak-anak yatim dan miskin

Program Fast 2 Feed bergerak terus ke Utara Tanah Air dengan meraikan anak-anak yatim di sekitar Arau, Perlis. Program kali ini merupakan kali kedua diadakan di Politeknik Tuanku Sirajuddin yang telah diketuai oleh sukarelawan Muslim Aid di Perlis, Puan Juniza Zamri. Anak-anak yatim yang telah hadir ini jelas datang hati yang gembira dengan pelbagai juadah makanan yang terhidang di Hotel Pauh Inn, hotel di dalam kampus Politeknik tersebut.

sumbangan duit raya

sumbangan buku-buku dan alat tulis

wajah gembira anak yatim bersama dermawan


persembahan dari anak-anak yatim

sesi berbuka puasa

perlbagai juadah yang menarik disediakan

antara juadah yang popular selain nasi

Sumbangan dalam bentuk buku-buku serta alat tulis dan duit raya telah diserahkan kepada anak-anak yatim ini pada penghujung program. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja anak-anak yatim ini dan tidak lupa juga kepada syarikat Ekuinas yang telah memberi sumbangan bagi program Fast 2 Feed yang telah berlangsung di Perlis ini. Semoga kalian mendapat Barakah dariNya.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger