Friday, August 19, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Gopeng, Perak



Lokasi: Rumah Anak Yatim Yayasan Hikmah, Gopeng, Perak
Tarikh: 14 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: Anak-anak yatim dan miskin (53 orang)

Alhamdulillah program Fast 2 Feed yang telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Yayasan Hikmah Gopeng telah selesai dilaksanakan dengan meraikan 53 anak-anak yatim dan miskin. Program yang telah diterajui oleh salah seorang pelajar praktikal Muslim Aid, saudari Marliyana ini dilaksanakan di rumah kebajikan itu sendiri. Ini telah memberi peluang kepada dermawan serta sukarelawan yang hadir merasai sendiri berbuka puasa bersama warga penghuni Rumah Anak Yatim Yayasan Hikmah.

sukarelawan yang telah hadir

juadah berbuka

dermawan bersama penghuni Rumah Anak Yatim Yayasan Hikmah

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja serta sukarelawan yang telah bertungkus lumus menjayakan program F2F di Gopeng. Semoga Allah memberkati usaha kalian semua, insyaAllah.


No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger