Wednesday, July 2, 2014

Fund 4 Food 2014 di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam , Selangor


Lokasi : Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam , Selangor
Tarikh : 22 Jun 2014
Program : Fund 4 Food anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia bagi membantu meringankan beban warga Rohingya

Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah mengadakan program ‘ Fund 4 Food ’ bertempat di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam. Program Fund 4 Food merupakan agenda utama pada hari tersebut dengan berobjektifkan mengumpul dana untuk disampaikan kepada warga Rohingya di Myanmar, saudara seislam kita. Program ini berkonsepkan membeli sambil menderma, dan ia telah membuka peluang kepada masyarakat luar untuk menyalurkan bantuan kepada warga Rohingya yang kurang bernasib baik. Program ini dijalankan bukan sahaja dapat menikmati keenakan nasi buryani (biryani) Myanmar, malah dapat menyumbang dan meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan. Setiap sumbangan RM5 akan menerima sebungkus nasi buryani (biryani) Myanmar yang dimasak sendiri oleh pelarian Rohingya di Klang. Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan dapat menarik pengunjung di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam untuk menyumbang bagi meringankan beban warga Rohingya. Berikut merupakan diantara lampiran gambar sepanjang program ' Fund 4 Food ' berlangsung.

staf dan sukarelawan Muslim Aid bersiap siaga untuk memulakan program




orang ramai mula mengunjungi gerai




staf dan sukarelawan bertungkus lumus menjayakan program

staf dan sukarelawan yang terlibat menjayakan program

Alhamdulillah. Akhirnya , dengan jayanya dapat meneruskan program F4F untuk tahun ini dan sambutan dari orang ramai amat menggalakkan. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai serta sukarelawan yang terlibat dengan program Fund 4 Food 2014 di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam , Selangor kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima. Sehubungan dengan itu , Muslim Aid turut mengalu-alukan masyarakat di luar sana agar dapat bersama kami dalam menggunakan peluang ini dengan bersedekah kepada mereka yang benar-benar memerlukan melalui aktiviti yang dikelolakan oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger