Tuesday, July 1, 2014

Fast To Feed 2013 di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu


Lokasi : Dewan Makan  Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu
Tarikh : 26 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 50 orang anak yatim / miskin

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu , meraikan 50 orang anak yatim / miskin dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada 50 anak yatim / miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya.


sebahagian daripada anak-anak yatim / miskin


sedang mendengar ucapan ringkas


makanan untuk berbuka puasa



sumbangan duit raya dan minuman

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Sek. Men. Keb. Telemung , Kuala Berang , Terengganu kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger