Wednesday, July 2, 2014

Fast To Feed 2013 di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur


Lokasi : Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur
Tarikh : 30 Julai 2013
Program : Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia Diraikan : 200 Komuniti Pelarian Somalia

Program Fast 2 Feed 2013 ( F2F ) turut diadakan di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur untuk meraikan 200 komuniti pelarian Somalia dengan anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia ( Muslim Aid ). Sumbangan berbentuk makanan kering beserta minuman telah diagihkan kepada keluarga miskin. Sehubungan dengan itu , program diteruskan lagi dengan Majlis Berbuka Puasa , sumbangan duit raya dan pemberian sijil penghargaan kepada komuniti somali gombak.


sebahagian daripada komuniti somali yang mengikuti program


sumbangan diagihkan


sedang menikmati juadah berbuka puasa


penyerahan plak F2F dari Muslim Aid

Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada dermawan serta sukarelawan yang terlibat dengan program F2F di Komuniti Somali Gombak , Kuala Lumpur kali ini. Semoga kalian mendapat keberkatan dan rahmat dariNya. Sesungguhnya , tangan yang memberi , lebih mulia dari tangan yang menerima.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger