Tarikh: 5 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Alhamdulillah, program pertama Fast 2 Feed (F2F) telah berlangsung di selatan Tanah Air, di Segamat Johor dengan meraikan 80 anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Anak Yatim Islam Segamat. Program F2F yang pertama ini telah diketuai oleh tiga orang pelajar latihan industri di Muslim Aid iaitu Athirah, Adila dan Sharifah. Program F2F ini memberi peluang kepada para penaja yang hadir untuk merasa sendiri berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin di Kantin rumah kebajikan itu sendiri. Pengalaman yang unik ini sedikit sebanyak dapat mendidik jiwa agar lebih bersyukur terutama di bulan Ramadhan ini.Pejabat Muslim Aid ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada para penganjur yang telah menaja anak-anak yatim ini untuk berbuka puasa serta duit raya melalui program Fast 2 Feed. Moga kalian dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik selalu. Kita juga bersyukur kerana Muslim Aid juga menerima tajaan dari rakyat Singapura!
Program F2F seterusnya akan berlangsung pada 8 Ogos bertempat di Pusat Asasi Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Petaling Jaya dimana 100 anak-anak yatim dan miskin beserta ibu tunggal dan warga OKU akan diraikan. Program F2F di UIA PJ ini mendapat kerjasama dari Persatuan Perwakilan Pelajar UIA PJ (FSCC) dan juga Persatuan Bulan Sabit Merah UIA PJ. Kepada yang telah menaja dan akan hadiri program di UIA PJ, kita jumpa di sana!
Muhammad bin Kamarulazizi
No comments:
Post a Comment