Monday, August 15, 2011

Fast 2 Feed 2011 di Asrama Darul Falah (ASDAF)


Lokasi: Asrama Darul Falah (ASDAF)
Tarikh: 14 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: Anak-anak yatim dan miskin orang asli (50 orang)

Alhamdulillah, program Fast 2 Feed (F2F) berikutnya telah berlangsung dengan jayanya di Asrama Darul Falah (ASDAF) dengan meraikan 50 anak-anak yatim dan miskin dari komuniti orang asli. Program F2F kali ini melihatkan ramai dermawan yang turut hadir berbuka puasa bersama anak-anak ASDAF.


dermawan yang telah hadir

bersama anak-anak ASDAF

sumbangan duit raya

sesi bergambar bersama anak-anak ASDAF

Program bermula jam 6.30 petang dengan ketibaan para dermawan serta staf dari Muslim Aid. Sumbangan duit raya telah diselesaikan sebelum tibanyanya solat isya dan program telah selesai selepas solat tarawih, sekitar jam 10 malam. Pihak Muslim Aid mengucapkan jutaan terima kasih kepada para dermawan yang telah menaja serta yang telah turut serta bagi program F2F kali. Moga kalian mendapat keberkatan dariNya, insyaAllah.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger