Thursday, August 11, 2011

Fast 2 Feed 2011 bersama komuniti Somali di Gombak


Lokasi: Dewan Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati, Gombak
Tarikh: 10 Ogos 2011
Program: Fast 2 Feed anjuran Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia
Diraikan: Komuniti pelarian Somalia (250 orang)

Alhamdulillah, selesai program Fast 2 Feed (F2F) yang ketiga yang telah berlangsung di Dewan Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati, Gombak. Program F2F kali ini berbeza dengan sebelumnya dimana program telah bermula seawal jam tiga petang dengan Musabaqah Hafazan al-Quran dikalangan belia dan kanak-kanak pelarian Somalia. 15 orang Huffaz telah menyertai Musabaqah ini dan telah diadili oleh sheikh dan ustaz dari kalangan komuniti Somali sendiri.

setiap peserta diuji dengan beberapa surah

dewan mula penuh menjelang Asar

temubual bersama wartawan dari Utusan Malaysia

anak-anak komuniti Somalia

komuniti Somalia

bersama sukarelawan yang terdiri daripada sukarelawan tempatan dan dari komunti Somalia

Program Musabaqah selesai menjelang solat Asar dan pemberian hadiah berupa wang dan hamper telah disampaikan oleh pengarah Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia (Muslim Aid), Hj Wan Rusli Wan Muda bersama pengetua Somali Community Learning Center, en Fattah. Program tamat dengan tajaan Fast 2 Feed bagi semua warga komuniti Somalia yang telah hadir sepanjang program musabaqah tersebut.

Biarpun di negara sendiri, Somalia kini menghadapi krisis kebuluran yang terburuk dan ramai masyarakat Somalia di negara mereka sendiri begitu susah untuk mendapat keperluan makanan dan minuman asas. Mereka bersyukur kerana berada di Malaysia dan amat berterima kasih kepada masyarakat setempat yang menerima mereka seadanya.

No comments:

 

Copyright 2009. Sebuah projek dari Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia, Tel: 03-22881996, Email: mail@muslimaidasia.com

Develop byAdvertBlogger